Benefits of Buying Property at Auctions by Arena Auctioneers Sdn Bhd
Arena Auctioneers Sdn Bhd is a licensed auctioneer with 17 years of experience in property auctions. They offer exclusive opportunities in bank property auctions with advantages like affordable prices, strategic locations, no commission fees, and professional services. Buying a property at auction can provide better prices, affordability, prime locations, and reduced risks compared to traditional market purchases. Explore the benefits and processes involved in purchasing auctioned properties through Arena Auctioneers. (Total characters: 499)
Download Presentation
Please find below an Image/Link to download the presentation.
The content on the website is provided AS IS for your information and personal use only. It may not be sold, licensed, or shared on other websites without obtaining consent from the author. Download presentation by click this link. If you encounter any issues during the download, it is possible that the publisher has removed the file from their server.
E N D
Presentation Transcript
Arena Auctioneers Sdn Bhd Licensed Auctioneer LELONGAN For Any Inquiry: 012-327 5047 03-7845 5890 / 03-7842 2137 / 03-7832 4047 https://arenaauctioneers.com/listing aasb@arenaauctioneers.com arenaauctioneers.com
ARENA AUCTIONEERS SDN BHD merupakan Pelelong Hartanah pengalaman 17 tahun Lelongan Hartanah Kewangan. Eksklusif dalam Bank dengan bidang Institusi / Kelebihan Rumah Lelong? Harga Murah Mampu Milik Bebas Risiko Lokasi Strategik Tiada Caj Komisen Tiada Caj Profesional Tiada Caj Perkhidmatan 1 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
KENAPA PERLU BELI RUMAH LELONG? HARGA YANG LEBIH BAIK! Hartanah lelong akan dijual pada Nilai Jual Paksa (Force Sale Value) berbanding dengan Nilai Pasaran Saksama (Fair Market Value). Tetapi apakah itu Nilai Jualan Paksa? Ia adalah istilah untuk harga yang Bank jangkakan untuk dicapai oleh hartanah pada lelongan jika dijual selepas pemilikan semula, dan kebiasaannya 70% daripada Nilai Pasaran Saksama. Anda boleh membeli hartanah yang lebih murah, lebih besar, atau di kawasan pilihan anda. 2 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
KENAPA PERLU BELI RUMAH LELONG? MAMPU MILIK Kelihatan seperti tidak mampu dimiliki, sebaliknya mampu dimiliki. LOKASI YANG LEBIH BAIK Hartanah lelong kebiasaannya terletak di kawasan perumahan yang telah padat penduduk dan berdekatan dengan pusat bandar atau tempat kerja. 3 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
KENAPA PERLU BELI RUMAH LELONG? BEBAS RISIKO Kebanyakan hartanah lelong adalah projek yang telah siap sepenuhnya. Jadi anda tidak perlu risau terjebak dengan kes hartanah yang terbengkalai. 4 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
APA ITU HARTANAH LELONG? Hartanah lelong adalah hartanah yang dijual oleh pihak bank atau institusi kewangan melalui lelongan awam. Harga hartanah lelong jauh lebih rendah dan di bawah harga pasaran dari hartanah bukan lelongan. Lebih mudah untuk disewakan berbanding rumah subsale dan rumah baru kerana kawasan sedia padat penduduk, harganya yang rendah dan komitmen bulanan juga terkawal. Untuk membeli hartanah lelong, anda perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut : 1) Menyediakan 10% deposit daripada harga rizab hartanah lelong. 2) Semakan kelayakan pinjaman. 5 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 1) MENGENAL PASTI HARTANAH YANG TEPAT:- Membuat carian dan semakan tentang hartanah yang terletak di kawasan yang tinggi permintaan bagi penyewa dan pembeli. Cari hartanah dengan potensi pelaburan yang baik dan bandingkan harga rizab dengan nilai pasaran hartanah yang sama di sekitar kawasan tersebut. 6 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 2) HUBUNGI PIHAK PELELONG:- Untuk mendapatkan salinan Perisytiharaan Jualan (POS) dan Syarat-syarat Jualan(COS) yang berkaitan dengan hartanah yang telah dikenal pasti, anda boleh mendapatkan bantuan daripada Pihak Pelelong. Sila semak kelayakan anda untuk pembiayaan daripada pihak Bank. 7 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 3) MELAKUKAN TINJAUAN HARTANAH:- Lakukan tinjauan dan pemeriksaan ke atas unit hartanah yang di minati untuk meninjau keadaan dan kejiranan kawasan sekitar. Bahagian dalaman bangunan hartanah lelongan tidak boleh dimasuki. Namun demikian, anda boleh mengetahui butiran dan sejarah hartanah daripada jiran-jiran sekiranya harta itu tidak berpenghuni. 8 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 4) MELAKUKAN CARIAN PADA HARTANAH:- Lakukan carian persendirian di pejabat tanah dan dapatkan khidmat nasihat serta prosedur lelongan hartanah tersebut secara eksklusif daripada Pihak Pelelong. Sila rujuk Perisytiharaan Jualan (POS) untuk mendapatkan maklumat terperinci sebelum membuat carian. ***Anda perlu menyemak Syarat-syarat Jualan Hartanah (COS) terlebih dahulu sebelum menyertai bidaan lelongan awam. 9 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 4) MELAKUKAN CARIAN PADA HARTANAH:- Tunggakan Yuran Penyelenggaraan Semakan dengan pejabat pengurusan terlebih dahulu. Tunggakan Cukai Pintu Semakan dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Perbandaran setempat di mana hartanah tersebut berada. Tunggakan Cukai Tanah Semakan dengan Pejabat Tanah dan Daerah di mana hartanah tersebut berada. Hartanah lelong tidak tertakluk sepenuhnya kepada Sekatan Rumah Kos Rendah kecuali jika ada dinyatakan di dalam Perisytiharaan Jualan (POS). 10 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 5) SEMAKAN PINJAMAN (LOAN):- Sila menyelesaikan 90% baki daripada harga belian. pastikan kelayakan pinjaman anda dengan Bank pilihan anda untuk Perbezaan tersebut mesti dibayar sejurus selepas lelongan. Sila kemukakan Perisytiharaan Jualan (POS) hartanah kepada Bank sebagai rujukan untuk memohon pinjaman. 11 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 5) SEMAKAN PINJAMAN (LOAN):- Jika anda tidak yakin tentang kelulusan pinjaman, anda tidak digalakkan untuk menyertai lelongan. Deposit 10% akan dilucut hak oleh pihak Bank sekiranya anda gagal menjelaskan Baki Harga Belian dalam tempoh 120 atau 90 hari dari tarikh jualan lelong. Sila rujuk terma dan syarat jualan di dalam Perisytiharaan Jualan (POS). 12 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 6) SEDIAKAN DEPOSIT 10% DARIPADA HARGA RIZAB:- Anda dikehendaki menyediakan Draf Bank atau bersamaan dengan 10% daripada harga rizab sebagai deposit atau anda boleh melakukan Pindahan Atas Talian bank yang perlu dibayar kepada Pihak Pelelong. Jika anda bercadang untuk membida melebihi harga rizab, sila pastikan anda mempunyai deposit tunai tambahan (perbezaan antara 10% daripada harga belian dan deposit yang dibayar). Deposit tambahan perlu dibayar sebelum menandatangani kontrak. Jika anda adalah pembida yang tidak berjaya, anda boleh menuntut semula Draf Bank, manakala jika deposit dilakukan melalui pindahan atas talian, ia akan diproses untuk bayaran balik dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. 13 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 6) SEDIAKAN DEPOSIT 10% DARIPADA HARGA RIZAB:- Garis Panduan Pemindahan Deposit :- Akaun No : 562085636477 Malayan Banking Berhad (Maybank) Pemegang Akaun : Arena Auctioneers Sdn Bhd *(Deposit 10% daripada harga rizab) 14 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 7) PENDAFTARAN LELONGAN:- Daftar Secara Atas Talian Di : https://arenaauctioneers.com/ Pendaftaran pembida dan pembayaran deposit hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya satu (1) hari bekerja sebelum hari lelongan sebelum jam 4 petang. Jika tidak, Pelelong mempunyai hak dan kuasa untuk menolak pendaftaran anda. 15 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 7) PENDAFTARAN LELONGAN:- Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran A) INDIVIDU Draf Bank/Resit Pemindahan (Instant Transfer) ke akaun Pelelong. Salinan kad pengenalan (IC) pembida bahagian depan dan belakang. B) SYARIKAT ( Didaftarkan sebelum tahun 2017) Draf Bank/Resit Pemindahan (Instant Transfer) ke akaun Pelelong. Salinan kad pengenalan (IC) wakil yang dilantik bahagian depan dan belakang. Surat kebenaran syarikat Dokumen M & A (Memorandum dan Tataurusan Persatuan). Dokumen Borang 9, 24, 44, dan 49. Dokumen Resolusi Lembaga Pengarah. Dokumen lain (jika perlu). 16 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 7) PENDAFTARAN LELONGAN:- Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran C) SYARIKAT (Didaftarkan selepas tahun 2017) Draf Bank/Resit Pemindahan (Instant Transfer) ke akaun Pelelong. Salinan kad pengenalan (IC) wakil yang dilantik di hadapan dan belakang. Surat kebenaran syarikat. SSM seksyen 17. Superform Akta Syarikat 2016 Seksyen 14 & Noti. Seketari Seksyen 58. 17 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 8) BIDAAN:- Sekiranya terdapat lebih daripada seorang pembida, akan ada tawaran harga yang baru dan Pelelong akan mengumumkan harga tersebut untuk memulakan lelongan. Tetapkan had bidaan anda agar tidak melebihi belanjawan anda sebelum lelongan bermula. 18 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 9) PEMBIDA BERJAYA:- Pembida yang berjaya ialah pembida yang membuat tawaran tertinggi semasa proses pembidaan. Apabila tukul lelongan diketuk, maka hartanah itu berjaya dijual. 19 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN LELONG 10) MENANDATANGANI KONTRAK:- Penawar menandatangani membuat bayaran sebanyak RM 200 bagi pembayaran duti setem. yang berjaya kontrak hendaklah dan 20 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
RINGKASAN PANDUAN LELONG Dapatkan maklumat hartanah dari Pelelong. POS berkaitan atau Melawat hartanah. Pembida hanya dibenarkan untuk hartanah dari luaran sahaja. Semakan (loan) dengan pihak Bank untuk pembayaran baki 90%. Kelayakan pinjaman melihat Bersedia pada hari lelongan dan membida mengikut kemampuan. Dapatkan maklumat tunggakan dan syarat-syarat tanggungan. Sediakan deposit (Draf Bank) 10% daripada harga rizab. Pembida tidak berjaya - Draf Bank akan dipulangkan. Keputusan Berjaya / Tidak berjaya Pembida berjaya - tandatangan kontrak. PERHATIAN! : Jika wakil, pastikan ada surat wakil, salinan IC pembida dan IC wakil. 21 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
KENAPA PERLU BELI RUMAH LELONG? INFO LELONG Harga rumah lelong lebih rendah dari pasaran subsale. Tiada sekatan untuk membeli rumah kos rendah. Proses lelongan akan tersebut. Pilihan pelbagai lokasi yang menarik. Pulangan sewa yang lebih tinggi berbanding rumah subsale. Pelbagai pilihan harga (boleh memilih harga yang sesuai dengan bajet). menghilangkan sekatan 22 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
INFO LELONG APA ITU HARGA RIZAB? Harga rizab (reserve price) adalah penanda harga bagi rumah lelong yang telah ditetapkan oleh pihak Bank berdasarkan laporan penilaian hartanah tersebut. PERBEZAAN HARGA RIZAB, PASARAN & JUALAN HARGA RIZAB Harga terendah untuk sesuatu hartanah yang boleh dijual oleh pihak bank atau institusi pinjaman dalam keadaan tertentu. Harga rizab ini biasanya ditentukan juga oleh penilai hartanah berdaftar. HARGA PASARAN Adalah harga semasa yang diselia oleh pihak Bank, dimana rumah lelong tersebut dapat dibeli atau dijual kembali oleh pembeli. HARGA JUAL Proses bidaan berhenti apabila harga tertinggi diulang sebanyak tiga kali oleh Pelelong. 23 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
INFO LELONG APA ITU POS DAN COS ? POS (PROCLAMATION OF SALES / PERIYSTIHARAAN JUALAN) Surat/Dokumen yang : telah disahkan oleh pihak peguam. mempunyai maklumat lengkap perihal hartanah yang dilelong oleh pihak Bank COS (CONDITION OF SALE / SYARAT-SYARAT JUALAN) Surat/Dokumen yang akan menyatakan syarat-syarat berkenaan dengan hartanah yang akan dilelong. 24 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
INFO LELONG ADAKAH PEMBELI BOLEH MENGGUNAKAN PINJAMAN KERAJAAN UNTUK RUMAH LELONG? TIDAK BOLEH. Sekiranya rumah berkenaan adalah rumah yang dilelong secara lelongan awam melalui Bank/Mahkamah/Pejabat Tanah. Tetapi BOLEH, sekiranya rumah lelong berkenaan adalah dilakukan oleh Pihak Kerajaan. 25 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
INFO LELONG BOLEHKAH SAYA MELIHAT KEADAAN DALAMAN RUMAH TERSEBUT? Syarat Rumah Lelong ialah melihat rumah lelong dari luaran sahaja dan akan dijual dalam keadaan seperti mana sedia ada . Macam mana yang anda lihat, macam itulah keadaannya kerana anda tidak boleh melihat keadaan dalam hartanah tanpa izin. Sekiranya anda berjaya membeli rumah tersebut dan hartanah tersebut diduduki atau didiami oleh orang lain, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengeluarkan penghuni tersebut atas kos sendiri. Ini adalah kerana pihak Bank tidak bertanggungjawab untuk memberikan milikan kosong kepada pembida berjaya. 26 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
INFO LELONG BOLEHKAH PEMBELI MENGELUARKAN SIMPANAN KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH LELONG? Bakal pembida perlu menyediakan wang deposit 10% terlebih dahulu bagi memasuki lelongan. Wang KWSP boleh dikeluarkan selepas lelongan mengikut terma-terma yang ditetapkan oleh KWSP. JIKA PEMBIDA TEWAS SEMASA LELONGAN, ADAKAH PEMBIDA MENERIMA KEMBALI DRAF BANK TERSEBUT? YA. Draf Bank akan dipulangkan semula sebaik sahaja lelongan tamat. 27 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
INFO LELONG BAGAIMANAKAH SAYA HENDAK TAHU HARGA PASARAN RUMAH TERSEBUT? Anda boleh merujuk dan menghubungi Pihak Pelelong untuk mendapatkan harga pasaran rumah lelong terkini. ADAKAH RUMAH LELONG MEMPUNYAI PERJANJIAN JUALAN & BELIAN (SALE & PURCHASE AGREEMENT)? TIDAK. Pembeli hanya akan menandatangani Kontrak Jualan selepas berjaya dalam lelongan. Segala urusan permohonan pinjaman dan urusan yg berkaitan dengan proses penukaran nama perlu menggunakan KONTRAK JUALAN ini. 28 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
INFO LELONG KESAN SEKIRANYA PINJAMAN TIDAK LULUS SELEPAS BERJAYA MEMBIDA? Sebelum mendaftar untuk membida, pastikan anda menyemak dahulu kelayakan pinjaman untuk mengelakkan deposit anda hangus. Sekiranya anda pembida berjaya, anda perlu menyelesaikan baki belian mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya pinjaman anda tidak lulus, anda perlu mencari cara lain untuk menyelesaikan baki tersebut. Sekiranya pihak bank tidak menerima baki bayaran dalam tempoh yang diberi tanpa sebab yang munasabah, deposit 10% tidak akan dikembalikan dan rumah tersebut akan dilelong semula. 29 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
INFO LELONG CONTOH KIRAAN DEPOSIT & KIRAAN TAMBAHAN DEPOSIT Pembida perlu menyediakan 10% deposit berdasarkan daripada harga rizab jualan hartanah lelong tersebut. Contoh 1 Harga Rizab : RM 70,000 = 70k Deposit : 10% daripada Harga Rizab = RM 7,000 = 7k Sekiranya penyediaan deposit dilakukan melalui Draf Bank, ianya hendaklah disediakan menurut Perisytiharan Jualan (POS) - (Mohon rujuk risalah atau Perisytiharan Jualan (POS) ). 30 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
INFO LELONG CONTOH KIRAAN DEPOSIT & KIRAAN TAMBAHAN DEPOSIT Contoh : Sekiranya hartanah hanya terdapat seorang Pembida sahaja. Harga Rizab : 70K Bil. Pembida : 1 orang (Tiada Pembida lain) Harga Pembelian : Harga Rizab = 70k Pembida tersebut akan terus diisytihar sebagai Pembida Yang Berjaya dan tidak perlu membayar sebarang bayaran tambahan kerana tiada kenaikan harga pembelian terhadap hartanah lelong - (Mohon rujuk risalah atau Perisytiharan Jualan (POS)). 31 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
INFO LELONG CONTOH KIRAAN DEPOSIT & KIRAAN TAMBAHAN DEPOSIT? Contoh 1B Sekiranya hartanah hanya terdapat 2 orang Pembida atau lebih. Harga Rizab : 70K dan Bil. Pembida adalah 2 orang atau lebih, maka kadar kenaikan setiap bidaan - Minimum 1K Sekiranya Harga Jual ialah 72K maka jumlah kenaikan harga pembelian = 2K Maka, cas tambahan = 10 % daripada jumlah kenaikan harga pembelian ( Harga Jual Harga Rizab ) = 10% ( 72K - 70K ) = 10% x 2K; = 10% x RM2,000 = RM200 sahaja Jika berlaku kenaikan harga bidaan, Pembida yang Berjaya/Pembeli, perlu membayar wang tambahan iaitu perbezaan harga pembelian berbanding harga Rizab. 32 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
INFO LELONG URUSAN SELEPAS LELONG Pembeli yang berjaya akan menandatangani kontrak jualan dan membayar serta-merta baki deposit termasuk bayaran Disbursement/ Processing Fees sebanyak RM200 sahaja. Bagi pembida-pembida yang TIDAK BERJAYA, deposit 10% secara pemindahan atas talian akan dikembalikan dalam masa 3 hari bekerja atau bagi pembida yang menggunakan Draf Bank, boleh menuntut kembali dengan serta-merta di pejabat Pelelong sebaik sahaja lelongan berakhir. Sebarang kegagalan pembayaran Cas Tambahan semasa menandatangani Kontrak Jualan Lelongan Awam, akan menyebabkan deposit 10% Pembeli menjadi terbatal (fortfeited) iaitu Deposit 10% pembeli tidak akan dikembalikan dan hartanah akan dilelong semula pada tarikh lain. Pembeli perlu menyelesaikan baki harga belian samaada dalam bentuk pinjaman bank atau secara tunai dalam tempoh yang ditetapkan menurut Perisyhtiharan Jualan (POS) tertentu. 33 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
INFO LELONG URUSAN SELEPAS LELONG Pembeli perlu melantik peguam yang bertauliah bagi menguruskan proses pemindahan hakmilik. Dapatkan sebut harga yuran guaman (Legal Fees + Stamping Duty) dari peguam terlebih dahulu. Sekiranya pembeli gagal membuat pinjaman bank dalam tempoh yang diberikan, risiko wang deposit tidak akan dipulangkan oleh pihak bank tersebut. 34 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
MAKLUMAT PENTING DALAM POS & KONTRAK LELONGAN Tarikh, masa & lokasi tempat lelong diadakan. Pihak Bank & wakil peguam yang melelong. Jenis hartanah yang dibina. Saiz keluasan hartanah. Jenis pegangan hartanah (pajakan atau hakmilik kekal). Mukim/Daerah mana geran dikeluarkan. Berapa lama usia hartanah tersebut dibangunkan. Nama pemaju (Adakah syarikat tersebut masih wujud?). Nilai deposit yang diperlukan (10%). Deposit dalam bentuk bank deraf atas nama bank. Maklumat bil utiliti atau cukai yang perlu ditanggung oleh pembeli atau bank. Lain-lain kos atau risiko yang perlu ditanggung oleh pembeli . Tempoh penyelesaian baki pembelian 90 atau 120 hari menurut Perisyhtiharan Jualan . **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice 35
CONTOH PENYEDIAAN DEPOSIT 10% OLEH BAKAL PEMBELI HARTANAH LELONG ATAU DRAF BANK RESIT PEMINDAHAN Alat yang mudah dan selamat digunakan untuk membuat pembayaran besar Deposit pemindahan segera ke akaun Arena Auctioneers Sdn Bhd 36 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
CONTOH DOKUMEN YANG DISEDIAKAN UNTUK BAKAL PEMBELI HARTANAH LELONG RISALAH PERISYTIHARAN JUALAN (POS) 37 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
CONTOH DOKUMEN YANG DISEDIAKAN UNTUK BAKAL PEMBELI HARTANAH LELONG GAMBAR HARTANAH 38 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
CONTOH DOKUMEN YANG DISEDIAKAN UNTUK BAKAL PEMBELI HARTANAH LELONG MAKLUMAT HARTANAH LOKASI HARTANAH (CONTOH) (CONTOH) TYPE : A 3-BEDROOM APARTMENT ULASAN HARTANAH : LOCATION : SEMANGGOL, PERAK 6KM ke SMK Gunong Semanggol Berhampiran dengan tempat letak kereta Kemudahan Asas seperti kedai dan surau 4minit ke Exit Tol Bukit Merah 3KM ke Stesen Keretapi Bukit Merah 3KM ke SK Kg Selamat ADDRESS : X-X-X, BLOCK NO. X, LAKEFRONT VILLAS, BUKIT MERAH LAKETOWN, 34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL, PERAK DARUL RIDZUAN MARKET VALUE : RM120,000 RESERVE PRICE : RM 20,000 SOLD PRICE : RM 44,000 39 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN PENDAFTARAN NAK DAFTAR AKAUN ARENA AUCTIONEERS? Untuk mendaftar akaun arena auctioneers anda boleh rujuk di sini. Jangan risau, data anda selamat bersama kami : https://arenaauctioneers.com/security-alert TERLUPA KATA LALUAN AKAUN? Anda perlu ke sini atau klik ForgotPassword , masukkan alamat e-mel akaun anda dan hantar. Kemudian, anda akan menerima e-mel berkaitan ResetPassword . Klik Reset your Password dan anda perlu memasukkan kata laluan baru anda. Anda juga boleh merujuk di sini. 40 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN PENDAFTARAN NAK TUKAR KATA LALUAN AKAUN? Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ke sini. terlupa EMEL AKAUN ANDA?? Untuk masalah berkenaan, anda perlu menghubungi pihak Arena Auctioneers. Sebaiknya anda menyediakan butiran-butiran penting seperti nombor IC atau nombor telefon supaya dapat memudahkan lagi proses. 41 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
PANDUAN PENDAFTARAN NAK UBAH DATA PROFIL AKAUN? Untuk mengubah data profil akaun, anda boleh ke sini. NAK daftar lelongan? Untuk mengatahui cara pendaftaran, anda boleh ke sini. cara untuk menggunakan platform eAuction Untuk menggunakan platform eAuction, anda boleh ke sini. ANTARA LELONGAN? SITUASI YANG AKAN BERLAKU PADA HARI Untuk menggunakan platform eAuction, anda boleh ke sini. 42 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
TETAP TERHUBUNG BERSAMA KAMI DAPATKAN SENARAI LELONGAN DI SINI 43 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
Kami Punya Rahsia Hartanah di Telegram. Jom Sertai! **Klik untuk sertai ZON SELATAN ZON PANTAI TIMUR KELANTAN PAHANG TERENGGANU JOHOR N. SEMBILAN MELAKA ZON TIMUR ZON TENGAH SABAH SELANGOR - KL ZON UTARA PERLIS KEDAH P. PINANG PERAK 44 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice
Untuk Sebarang Pertanyaan : 012-327 5047 03-7845 5890 / 03-7842 2137 aasb@arenaauctioneers.com arenaauctioneers.com arenaauctioneers.com/listing Kenapa Beli Rumah Lelong? 45 **This Document is for circulation and informational purpose only. It does not provide any legal advice